Tuesday, April 21, 2009

titik

Fikiran kacau
jiwa kosong
hati runsing

Monday, April 20, 2009

Surat baca laju-laju

Una
KIST
16300 Bachok, Kelantan
Kehadapan teman-teman sekalian,
Terlebih dahulu aku nak bagitahu yang aku dah boleh online woi. Sila la gembira. Haha aku online dekat makmal it. Walau line nye semcam malu-malu semput nak hidop tetapi demi kerinduan korang terhadap aku, aku gagahkan jua untuk menaip. Biar hujan, ribut dan taufan, aku disini untukmu kawann. Wah tetibe puisi Fynn tau. Haha :P
Korang, aku nak bagitau yang dekat sini tak boleh nak install ym. Sedih betul rase sebab terpakse gune meebo. Bilakah dapat ku miliki sebutir laptop kesayangan? Dowh orang Kelantan sebut sebuah itu sebutir. Pelik-pelik. Macam-macam loghat ade ne ha. Sabah bhaa. Serawak tokk. Ganuu bagai. Haha aku dah macam krisis bahasa dah ne ha. Akaka :DD
Aku ade macam-macam benda nak cerita neh weh, tapi masa tak mengizinkan pulakk. Kejap lagi pukul 2.15 aku ade kelas Biokimia Asas. Pastu kelas lagi sampi 5.15 petang. Adeh korang doakan aku ye. Aku kat sini agak tensen weh. Semalam dah la ade 2 orang budak histeria. Mak aih hidup dalam ketakutan nehh. Ayat nak terbaik jee. Benciiikk Una! Haha
Untuk Ame, Tikah, Qida dan mereka yang telah mengsms aku tapi aku tak reply; Sori sangat-sangat ea? Dekat sini, mata aku automatik jadi jenis tidur cepat. Gahaaha ampon2 okep. Nanti lapang bile-bile aku tepon korang. *Woi gune la upax! Murah sket nak kol! :P
Okep korang semua jaga diri, sori sekali lagi sebab tak sampat nak komen bagai. Kepada yang mengfollow, terima kaseh jugak. Ngeh aku tak update pon, ade gak yang follow. ekekek :P
Akhir sekali kepada Cerap; kenang daku dalam doamuuu. Mahaha :X
Tata

Sunday, April 05, 2009

Namakan lima jenis, iaitu laksa ; laksa penang. laksa kole. laksa cikdin. laksa cikmala. laksam.



Bila aku sudah tiada,
Simpan semua laguku,
Jangan ditangis selalu,
Mungkin ini sementara,

Bila jumpa penggantiku,
Jangan dilupakan aku..

Haha poyo. Bukannya nak pergi bunuh diri. Beria ucap selamat tinggal :P Aku akan tetap blogging sampai lebam jikalau bekalan internet dekat sana bagus. Doa-doakan ye ada keturunan maxis atau celcom broadband menetap dekat sana. Boleh anak cucu neh menumpang kasih. Haha :DDD

Saturday, April 04, 2009

Warkah biru dari Bachok, Kelantan

//Cikgu Mala
Mak, terima kaseh untuk segalanya. Tak tau macam mana nak cakap betapa orang bertuah sangat ada emak macam cikgu mala neh. Orang ingat lagi masa orang setengah mati lepas dapat result tu, mak la orang yang paling memberi semangat. Walau orang tau mak kecewa. Mak tetap ceriakan orang. Mak la yang kesana kesini untuk uruskan kemasukkan orang dekat KIST tu.

*nanges*

Mak, dekat sana nanti mak takde. Lepas tu orang bukan dapat duduk rumah macam sebelum ni lagi. Lepas pergi ni mak, bermakna orang tak dapat lagi nak mak macam selalu, sekaligus orang dah mula kena hidup sendiri. Macam mana mak? Sedangkan sebelum neh, orang nak pilih baju pon mak kena ada dekat sebelah. Kalau tak, memang orang tak beli. Mak, orang mengaku orang terlalu mengharap pada mak. Sampai mak kadang-kadang jadi rimas.

Tadi mak panggil orang, mak cakap suasana hidup dekat sana, tak boleh nak bergantung pada orang lagi. Kena jadi pemimpin, biar orang ikut kita, jangan kita ikut orang. Ape-ape hal, tangkap pensyarah dulu. Buat baik dengan pensyarah. Anggap pensyarah, akak-akak dan abang-abang senior tu macam keluarga sendiri. Banyak lagi mak pesan. Mak sesungguhnya orang takut mak. Orang nanti jauh dari mak. Hurm.Takpe mak, orang janji orang akan belajar baik-baik. Orang akan semai benih cinta untuk kos teknologi makmal perubatan neh. Orang pulang bawak kejayaan untuk mak. InsyaAllah.

Orang nak mintak maaf banyak-banyak atas segala kesilapan orang. Segala benda yang jahanam dalam rumah neh, orang mintak maaf. Nanti orang dah kerja, orang beli lain, set jati punya. Haha orang nak mak tau betapa orang saaaaayyyaaannng mak gile. Doakan kejayaan orang ye mak. Bagi sikit kekuatan semangat dan ketabahan mak tu dekat orang boleh? Orang nak jadi macam mak. Orang bangga ada mak macam mak. Mwah Mwah :)

//Cik Din

Ayah. Terima kaseh. Orang pergi sana bukan untuk main-main ayah. Orang takkan ulangi lagi benda yang dah jadi pada keluarga kita 3tahun lepas. TAK KAN sama sekali. Percayalah. Orang tau ayah macam berat nak bagi kepercaaan kat orang. InsyaAllah selagi iman neh masih kukuh, pegangan agama orang masih kepada Tuhan yang satu, orang takkan buat benda macam tu. Sampai sekarang orang masih rasa betapa sakitnya kesan dari perkara tu. Orang akan pulang bawa kejayaan dekat ayah. Orang akan buktikkan pada ayah. Doakan orang ayah.

Walau orang tau tugas ayah memang setiap masa memerlukan ayah, tapi ayah sanggup ambil cuti untuk uruskan hal orang. Bila dibandingkan ayah dengan ayah lain dekat luar sana tu, orang sangat-sangat bersyukur ada ayah. Semalam masa uruskan MARA, ada hal buatkan kita bertekak sekejap. Biasalah anak ayah neh mana mau kalah, last-last kalah jugak dan ayah betul. Neh mesti turun dari perangai ayah neh. Haha ampon3 :P

Semalam ayah cakap orang macam kura-kura dan ayah suruh orang jadi macam arnab. Lepas pergi neh, jangan kata arnab, cheetah pon orang jadi. Owh ayah, orang sayang ayah! (simbol hati berebut-rebut keluar dari mata, mulot, hidong dan telinga khas untuk ayah. haha)

//Eman
Tadi Kakcik marah dan pukul eman. Eman nangis. Kakcik jarang pukul orang kalau tengah marah, tapi eman tadi betul-betul malampau. So sorry sayang. sekarang eman tengah merajuk. Kejap lagi kakcik pujuk. Hehe :D Seriously, lepas ni kakcik akan rindukan eman. Rindu perangai gile-gile, gedik eman tu. Video-video eman yang kakcik rakam tu, mesti akan buatkan kakcik gelak. Eman tak leh bla. Haha

Eman jaga diri okep. Jangan masak dekat kaksu. Biar dia masak sendiri. Eman jangan bagi kaksu buli eman. Eman belajar rajin-rajin tau nanti boleh pandai macam kakcik. KAHKAH *jangan macam kakcik, tapi macam abang. Hee :P Eman jangan suka gunting-gunting kertas lepastu bagi sepah rumah, kakcik dah takde, sapa nak kemas rumah lagi pagi-pagi? Jangan susahkan mak dengan ayah. Dorang tu bukan larat sangat dah. Macam-macam benda dorang kena pikir. Eman buat sendiri semua. Belajar seterika baju, basuh baju semua sendiri. Kakcik dulu umur macam eman, semua kakcik buat sendiri.

Eman budak pandai, jangan susahkan mak okey. Jangan ikut perangai kakcik suka cakap saket perot bila taknak pergi sekolah. Eman cari la alasan lain. Mahaha eh tak. tak. eman jangan malas pergi sekolah, nanti macam mana nak jadi pengawas? Eman jangan bagi orang buli eman. Okey eman sayang. Kakcik akan bawa kad eman bagi kakcik tu dekat sana lepas tu gantung dalam almari macam kakcik gantung gambar sheikh muszhafar tu. Mehehe :P

//Kaksu
Hey, aku tak tau la hang neh turun perangai sape. Kaksu, buang perangai busuk kaksu tu. Jangan nyusahkan mak lagi. Jangan pukul-pukul mak. Jangan suke kurang ajar dengan mak. Kesian mak. Jangan suka susahkan hati mak lagi. Jangan bagi mak nanges. Belajar semua buat sendiri. Hang dah besar panjang kaksu, tolongla buat semua sendiri. Jangan nak harapkan mak lagi.

Kaksu, hang jangan buli eman. Aku dengar eman nanges kena buli dengan hang, SIAP. Kakcik tak suke hang buat eman. Sebab hang bila hang hentam orang, hang macam nak membunuh je. Aku pon hang terajang-terajang. Tapi takpe, kakcik da maafkan dah. Burok baik, hang tetap adik kakcik dan kakcik sayang hang. Tapi kakcik sayang hang lebih lagi kalau hang berubah perangai kaksu.

Jaga diri. Kaksu belajar pandai-pandai. Hang periksa baru neh, dapat nombor agak bagus jugak. Teruskan lah. Semoga kaksu dapat 5A untuk UPSR. InsyaAllah.

//Cerap
Hello sayang. Kite pasti akan rindukan sayang nanti. Takpe kite bawak koala sekali pergi sana. DVD yang sayang kasi tu pon kite angkut sekali. Rindu-rindu boleh tengok :P Lagipun upax ada. Bila-bila free boleh mesej hanya dengan setengah sen dan boleh kol dengan seminit sepuluh sen. *Tak tau kenapa kena bagitau. Haha

Haiyoh sayang, jaga diri okep. Makan ubat tu. Jangan makan benda-benda yang sayang tak boleh makan tu. Nanti kesan dia, sayang juga susah. Kita pula nanti susah hati. Sayang, ingat tau, makan ubat :P

Sayang terima kaseh untuk segala perkara yang sayang dah bantu kite dan terima kaseh jugak untuk benda yang kite dah susahkan sayang. Jangan risau, masa akan datang nanti, kita lagi-lagi akan susahkan sayang. Mahahaha ampon3. Tak. maksud kite, nanti kite akan mintak pertolongan sayang untuk apa-ape lagi. Tu je. Bukan susahkan pon. *Tak susah konon, cepat-cepat tajang kite. Mahaha :PP

Kite mintak maaf sayang, kite tau sayang kadang-kadang ada terkecik hati dengan kite. Tapi sayang tak cakap. Kadang-kadang dekat conference kite tergurau terlebih, terlesbo terlebih dengan tikah dan ame tu, kite mintak maaf okep kalau sayang kecik hati. Gurau-gurau je semua tu. Hee :P

Sayang, jangan risau, walau kite minat iqram, zaibo, aqasha semua tu, tapi sayang kite, tetap dekat sayang. Ngeh dah pergi sana pon, kite tetap sayang sayang. Semoga kita sama-sama berjaya dengan pelajaran masing-masing. Kite doakan sayang dapat kulinari tu. InsyaAllah. Pesanan akhir, jaga diri sayang baik-baik dan jangan tergudes dengan orang lain buleh? Pesanan tak leh bla. *Bencik una. Bencik! Mahaha

//Ame
Ame sayang, penasihat aku, pendengar setia aku, sahabat aku. Bila aku perlukan ko, ko mesti ada dengan aku. Sayang ko ame. Ko pon sama ada upax, marilah kita sama-sama bermesej sampai tikah jeles. Kahkah :P

Ame, aku tau ko pon ada masalah jiwa ko sendiri. Aku harap ko sabar okey. Ko kuat ame, aku tau. Ko ada prinsip ko sendiri. Teruskan dengan prinsip ko. Jangan kesah dengan orang lain yang ada saket jiwa. Ame, tumpu dengan orang yang sayang kite, yang perlukan kan kite. Jangan peduli dengan orang yang suke pergunakan kite me, takda faedah pon. Ko jugak yang saket nanti.

Aku doakan ko berjaya ame dalam bidang yang ko minat. Kita sama-sama berjaya okep sayang. Aku mintak maaf me, kalau sepanjang kite bergurau senda, berlesbo bersama, aku ade terkecikkan hati ko. Mintak maf sangat-sangat dan terima kaseh jugak untuk semua perkara yang ko dah buat untuk aku :)

//Tikah
Soalan pertama untuk Tiqah ; Ko bila nak beli upax? Wakakak soalan berapi. ampon3 :P Tikah weh, ko jaga kaki ko tu tau. Dah baik, ko jangan brek guna kaki lagi. Jangan turun bukit guna gear satu lagi. Nanti kaki ko dah baik, ko boleh ambik lesen, lepastu boleh jenguk aku dekat kelantan neh ha. Lepastu kite boleh pergi MyDin. Apa kaitan tatau. Hehee :P

Tikah, lebih baik sayang orang yang sayang dekat kite, dari kite yang sayang dekat orang. Ko jaga hati ko baik-baik. Jangan bagi dia sakit lagi okep. Semoga impian ko nak sambung belajar dekat Mesir sana nun, tercapai. Lepastu aku pulak follow ko pergi sana. Hihi

Terima kaseh tikah perkenalkan aku dekat lagu Entah tu. Ko dah buatkan aku gila sama lagu tu. Lepas tu terima kaseh jugak kenalkan aku dengan novel pergilah air mata, Ko memang suke pengaruhi aku tikah. Haha. Ko jaga diri, seribu kemaafan aku hulurkan kalau ade tersalah gurau, tersilap bicara dan terkhilaf kata-kata. *Esok raye eh? Haha

Weh, Bulan 5 nanti harijadi ko, Selamat hari jadi. Ko da cukup 18 tahun. Ame dengan cerap je belom lagi. Boooo dekat ame, tapi i love you dekat cerap. Wakakaka. larikkk :PPPP

Berat hati nak pergi.
Sobsob

Friday, April 03, 2009

Budak Sunyi dan Pari-Parinya




sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

andaiku takdir di sini
rangkullah aku
peluklah aku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

sempatkah aku ke sana
ku takut semua
hilang bernama

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

hanya kerna cinta yang ini
aku berserah tinggi kepada-Mu

yang Maha Esa
ku butuh cinta dia

engkau yang Maha Esa
agungkan cinta ini

sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

dan suatu hari nanti
akan tiba seorang
memuja cinta kamu
meminta hati kamu

rangkulkan hati itu
dan hulurkan pada dia
tanya pada tuhan kamu
apakah dia untuk kamu?

-Fynn Jamal & Tri-

kemana tumpahnya kuah kalo tak ke adik

video


video

Eman menggedik.
Abaikan saje gelak hudoh tu.

Cis

Ayam berkokok tak semestinya pagi-pagi

Tikah ada sedikit masalah untuk pergi ke KIST sama aku. Jadi semalam, aku dengan mak pergi rumah Tikah untuk berbincang bagai. Time tu mak tikah je ade, bapa Tikah kerja. Lepas habis bincang-bincang bagai tu, mak dia cakap nanti dia sembang dengan suami dia dulu. Lepas tu pagi tadi aku call Tikah untuk tau sama ada dia jadi pergi ke tak. Mari kite ikuti perbualan mereka. Eceh. Gedik je. Haha

* Tikah, ko baru bangunn yeee? (sebab dengar suara semacam lain)
# Eh, takdela. Aku nga siap-siap nak balik kampung neh. Sedara mak aku meninggal.
* Erk. Tikah ko sabo tau. Jangan nanges weh.
# Hehe takdelah. (Walau dia cuba gelak, aku tau dia masih bersedih)
* Tikah, ehm macam mana? Ko pergi tak?
# Hurm. Bapak aku tak bagi pergi.
* Lor kenapa? Sebab jauh eh?
# Ehm tu lah. Bapak aku pikir nanti dia nak tengok aku susah ke ape.
* Aku pon jauh weh. (Bunyi macam tak puas hati) Ehm Tikahhh... :((
# Una, hang jangan la sedih. Takpa, hang pi la tau. Belajaq sungguh-sungguh.
* Hurm.
# Una jangan nangis. Kang aku pon nanges sama.
* Tikah, hurm hang sabo tau. Kalo ada rezeki, mesti ada. Mungkin rezeki hang bukan dekat situ. Rezeki hang dekat tempat lain, mana nak tau kan. Sabar tau Tikah :(
(Ni je dapat aku cakapkan dekat Tikah. Nak cakap lebih-lebih dia tengah bersedih. Aku tengah terkilan. Haiyoh!)

Kesian Tikah. Suara dia macam lepas nangis je. Aku tau dia bukan nangis pasal sedara mak dia meninggal, tapi sebab dia tak dapat pergi KIST. Dia mengharap gila dapat pergi. Masa pergi temuduga bagai tu dia semangat betul. Dari Penang dia sanggup redah Alor Star semata-mata nak dapatkan surat tawaran. Haih la.

Dah dapat tawaran, mak ayah pulak tak bagi keizinan. Pakcikkk!! Kasi la Tikah pergiiiii. Saya pon takda sapa dekat sana. Jauh pon sama jugak pakcikkkkkk ; Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lembutkan lah hati bapa Tikah untuk mengizinkan Tikah pergi belajar di KIST bersama-sama dengan aku. Amin :(


Terkilan sangat-sangat.
Tikah tak pergi :(
Aku da siap mimpi bagai,
belajar sama-sama,
basuh baju sama-sama,
semua buat sama-sama.
tapi harapan aku tinggal harapan je.
T__________________T

hati diam. urat diam. semua diam.

Husna,
ko kenapa?
aku tengok ko macam semacam je.
ko ok tak ni?

Tak, aku tak ok.
jiwa aku rasa kosong.
Aku tak sedap hati.
Takda mood.

Ko tengah pikir apa sayang?
bagitau la aku,
lega sikit hati ko nanti.

Hurm.
Aku takda ape-ape sayang.

Husna,
aku rindu gelak ko.

Sori weh, aku takda mood.
betul aku takda.
:(

*currently listen to
Kehadapan bintang jatuh
-Fynn Jamal-

Thursday, April 02, 2009

cik os, ajim dan bulat









Aku sayang betul
semua yang ada dalam
gambar neh.
serius sayang.
1
2
3
4 hari lagi
bersedia untuk ucapkan
selamat tinggal ;)

Tuesday, March 31, 2009

Tak mau kawan sudah, nama kamu bedah

Aku terima mesej dari lid tadi ;

"Una, Flik nk mintak no fon una,
bleh lid bg x"

Mesej neh aku biarkan sepi. Fikiran aku lambat-lambat mengimbau balik kisah dulu. Flik. Dia kawan baik aku dulu. Dia pernah tipu aku. Dia campuran melayu dan cina. Tua setahun dari aku. Tak tau kenapa aku tetap boleh kawan dengan dia walau dia dah buat aku macam-macam. Dia baik. Kelakar. Rajin call aku dulu. Dia banyak ajar aku tentang kehidupan. Dia ada prinsip dia sendiri yang kadang-kadang buat aku semacam takut nak bergurau dengan dia.

Tapi sejak tahun lepas dia tiba-tiba senyap. Aku mesej dia, tapi tak berbalas. Aku dapat tahu dari member lain yang dia masih contact dengan dorang. Ok fine. Aku simpulkan yang dia taknak berkawan dengan aku lagi. Sejak dari itu, aku tak mesej dia langsung. Tapi nombor dia masih ada dalam simpanan aku. Burok baik dia tetap penah jadi kawan aku kan.

Tapi mesej Lid tadi buat aku rasa semacam kosong. Automatik hati aku terdetik yang Flik dah buang nombor aku ye. Owh kecik hati sedikit. Dah lama buang nombor aku, tibe-tibe cari balik. Kenapa? Rasa macam diri aku neh selalu diperlakukan semacam ; Bila ko bosan baru ko cari aku. Ko fikir aku takde perasaan? Haiyoh ape motif semua neh?

Orang dah tunjuk tanda tak mahu kawan aku lagi, buat ape aku mahu terhegeh-hegeh? Kadang-kadang bila selalu diletakkan dibawah, hati memberontak jugak kan kan kan :PP

Mesej lid masih macam tadi,
tak berbalas...

Monday, March 30, 2009

adik ada bawak air kencing tak?

Sebelum ape-ape sila rujuk link neh dahulu. Tadi kan aku pergi la klinik tu nak hantar menda yang tak berapa nak suci tu. Lepas ambik nombor semua, aku pon duduk. 8 minit lepas aku duduk tibe-tibe dengar macam orang jerit dari arah depan ;

"Nurul Husnaaaa!!!! adik ada bawak air kencing takkk???"

Tak guneeeeeee!! Aku malu woi. Tak boleh panggil sopan sikit ke? Cis dah la orang ramai time tu. Semua pakat pandang dekat aku. Tau la aku jelita pakai baju merah. Ahaha bencikkkk okey. bencikkkk!! Aku jenuh nak cover malu. Ade pakcik sorang gelak-gelak sambil cakap ; "Nak malu apeee nyee?" pastu gelak lagi dan lagiiikkkkkk.

Tak boleh ke dia panggil nama aku sopan-sopan? Lepas tu tanya la
pelan-pelan. Ingat aku pekak ke? Satu klinik tu dengarrr. Citttt malu malu. Mana nak sorok muka aku yang ade lesum neh oit? Wakakak pastu akak tu suruh datang pukul 4 neh ambik keputusan. Jangan harappp aku nak datang ambikkk. Aku suruh CikDin je ambikkan. Takmo jejak kaki kat klinik tu lagi! Takmoooooooooooo. Haha

Bile bencik mula tinggi diri,
walau sedar diri tak tinggiii dan hudoh! Haha
Bencik! Aku bencik! :(

Sunday, March 29, 2009

krisis jiwa

nurul_dusyum: kat sne
nurul_dusyum: tu mst idp makin susah
asYHEraEf sayang: dok eh
asYHEraEf sayang: idop kat u paling best
nurul_dusyum: cbrn tu ha
nurul_dusyum: manyak
nurul_dusyum: jumpe mcm2 jn sorg
nurul_dusyum: *jns org
asYHEraEf sayang: memang lah
asYHEraEf sayang: kalu x de pahit manis nye
asYHEraEf sayang: x de warne warni la idop ni sayang
nurul_dusyum: kite neh kalo org ckp ape sket
nurul_dusyum: kite cpt rndh dr
nurul_dusyum: -.-
nurul_dusyum: da la mak xdeeee
nurul_dusyum: kite da la ape2 hal pgey mak
nurul_dusyum: -.-
asYHEraEf sayang: ala
asYHEraEf sayang: cam sayang mase dulu jugak
asYHEraEf sayang: skolah pempuan je
asYHEraEf sayang: pastu tetibe
asYHEraEf sayang: g skoolah campo2
nurul_dusyum: mmg la tu kite blk uma leh jpe mak
nurul_dusyum: haha seme mak
nurul_dusyum: kang da kawen pon mak ag
nurul_dusyum: haha
asYHEraEf sayang: x lah
asYHEraEf sayang: amek kesempatan hidop kat u tu
asYHEraEf sayang: tanpe mak
asYHEraEf sayang: begantong kat diri sendiri or kawan2
nurul_dusyum: aah
nurul_dusyum: insyaAllah
nurul_dusyum: sayang doakan kite tau
asYHEraEf sayang: amin
asYHEraEf sayang: sayang buat pa tu
nurul_dusyum: kite mnx doakan mukan amin kan
asYHEraEf sayang: ok2
nurul_dusyum: ngehe
nurul_dusyum: (ngade kejap tajang sket nenek tua nehhh)
asYHEraEf sayang: ya Allah kau permudahkan la kerja2 hamba mu ini nurul husna binti tajuddin ketika beliau menyambung pelajaran untok menuntut ilmu seperti mane yang d tuntut agame mu, agama Islam ya Allah
asYHEraEf sayang: robbana atina fid dun ya hasana wal fil akhiratil hasanah wakina azabbanar
asYHEraEf sayang: wakina azabannar
asYHEraEf sayang: wakina azabannar
asYHEraEf sayang: wasallahuala saidina muhammadin wala'a alahi wasabihi wassalam
asYHEraEf sayang: walhamdulillah hirobbila alaminnnnn
asYHEraEf sayang: amin2

nurul_dusyum: amin amin ya rab bal alamin

Alahai sayangnye tak dapat dengar depan-depan.
Kalau tak mesti rasa lagi shadu.
Lepas tu salam, siyom tangan sayang.
*gedebusshh tampo Una.
Hoit Una berangan je keje yak? Haha
Hey sayang kite terharu,
terima kaseh okep :)

Wednesday, March 25, 2009

Shamer budak tecik comey

Semua orang tau kan yang mak aku adalah guru prasekolah. Jadi sejak aku dah habis sekolah neh, aku kadang-kadang rajen la jugak ikut mak pergi kelas dia. Hehe jadi sepanjang aku disana aku amat tertarik pada sorang budak ni. Dia kecikkkk sangat-sangat. Comel. Panggil dia Shamer okep! Hihi :DD




Aku suruh dia senyumm dan dia pon senyum!
Haha comel sangat! >:D<
Haritu aku ajar dia menulis huruf 'H' besar dan 'h' kecik.
Comel budak nehhh bila aku cakap
"Shamer pandaiiii, tepok tangan!"
dan dia pon tepok. Ekeke :X




Budak-budak neh nakal tapi kelakar. Haha

Sebenarnya Shamer neh dalam pengawasan doktor pakar sebab dia sangat kecik dan ada masalah ape tah. Ramai cikgu tak nak ambik dia belajar sebab takut dia menyusahkan. Tapi sepanjang aku dengan dia, dia tak ade langsung menyusahkan. Dia macam kanak-kanak normal je. Cume saiz dia sangat kecik.

Bila mak aku cerita pasal Shamer neh, aku jadi sedih. Sebab dia neh dijaga oleh pengasuh je. Mak dia jenis bergaya bagai dan bile Shamer neh agak lain sikit dia mungkin rasa malu kot. Ayah Shamer okey je. Hurm haritu masa ada perjumpaan ibu bapa, ramai la ibu bapa datang kan. Tibe-tibe Shamer nanges jerit ; Nak ibu, nak ibu :(( (Mak ayah dia datang ambil dia dekat rumah pengasuh seminggu sekali je)

Kesian Shamer. Semoga masa depan dia kelak cerah dan dia tabah hadapi segala kemungkinan yang mendatang. Kakak sayang Shamer okep. Seriussss weh hati aku cair tengok Shamer. Tanda-tanda apakah ini? Haha :PP

Aku dok menaip blog,
karangan tentang diri saya
300 patah perkataan bile nak siap woi Una?

Medical check up

Dalam pukul 11.30 gitu aku sampai dekat Klinik Dr. Rahim. Time tu orang tengah ramai ditambah pula orang kesihatan tengah buat pemeriksaan lesen bagai. Masa kali pertama datang, doc suruh datang petang kang sebab dia tak boleh nak tumpu sebab orang kesihatan datang. Pastu pukul 2+ aku datang balik. Klinik jadi kelam kabut sekabut hati aku neh. Hehe semua pemeriksaan aku da setel cume satu neh je tak tau bile nak setel.




Selepas nyorok 15 minit dalam tandas. Aku keluar dan tengok doc tengah kulu kilir. Sian dia hampa sebab aku bawak bekas kosong. Hampa ke? Haha

* Doctorrrr tak mauu lah. Heeeeeeeeee (Malu gile da neh woiii)
# Takpe2 ;)
* Doctorr kalo tak buat ujian air kencing boleh tak?
# Hehe saya boleh je kalo nak tolong, saya sahkan je tapi takut dekat sana nanti masalah. Tu yang kena buat jugak. Takpe2 saya bagi bekas nanti kamu buat kat rumah. Lepas tu datang balik hantar benda neh kemudian boleh ambil sekali dengan keputusan semua neh okey? :D
* Okep! :DD (Wah gila bunge2 dalam hati. Lepas satu azab. Haha)

Awuuu masalah betul lah. Benda neh nak kena setel cepat. Dah la aku tengah #$#@%&. Hohoit macam mana neh? Kang aku mintak gak derma air kencing sape-sape gak kang. Ade sape-sape yang terjamin sihat kesihatan nak derma air kencing tak? Eh agak kelucahan tak ayat neh? Wahaha tercemar sudah blog aku yang mesih suci neh. Ngehe :PP Yang tak boleh blah eman lah.

# Kakcik, bio adik yang kencingkan
* Eii tak nakkk. Kang adik ada penyakit, kakcik yang kena.

Murni betul niat mu Eman. Terharu kakcik. Meh nak nangis jap. Haha

Monday, March 23, 2009

KIST dan KUIS

Tadi sekali lagi aku dengan mak ke USM. Tujuan asal untuk menghantar salinan ic dan slip SPM ke KUIS. Okep lepas segala urusan dengan KUIS selesai, tibe-tibe aku ternampak booth KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi). Antara KUIS dan KIST aku memang target dua-dua. Tapi agak malang sebab KIST takde permohonan secara online. Kena pergi temuduga dan ujian bertulis. Jadi harapan untuk KIST terkubur sekejap. Dan fokus aku pada KUIS saje.

Disebabkan ade booth KIST disitu, aku dengan mak saje-saje bertanya bagai. Lepas tu mak tanya kat orang KIST tu. Jap-jap panggil saje orang KIST tu En.Asyraf (kebetulan nama sama dengan Cerap,
terusik sekejap jiwa neh) Haha :PP

Maka terjadilah sesi soal jawap diantara kami bertiga. Tanpa disangka, mak mengusulkan kepada Encik Asyraf supaya mengtemuduga aku. Aku pon macam terkejut dan memang tak bersedia tapi mak suruh aku cuba-cuba saje. Aku pon bersetuju untuk cuba-cuba temuduga sahaja. Haha nasib baiklah En. Asyraf tu ramah dan mudah mesra. Takdelah aku rasa macam situasi kentut tidak lawas. Heh

Sesi temuduga pon dilakukan. Suasana santai-santai sahaja sebab En. Asyraf pon okey orangnye jadi sepanjang temuduga banyak gelak saje. Gelak dengan kemengongan aku sendiri. Haha

# Berikan maksud DNA
* Hehehehe klu takde ke? :D ( Bodoh gila Una. Haha aku lupe bai!)
# (Dia dah sengih-sengih. Cis betul) Okey saya bagi perkataan depan dia "deoxy.."
* Hehehehehehehe :DDD (Gelak kaber. Huwaa jenuh aku pikir, tapi tak dapat jugak neh!)
# Kalau saya cakap deoxyribonucleic acid betul tak?
* (Dengan konpiden aku cakap salah) Wakakaka
# Okey kenapa awak kata salah?
* Errr.. Hehehehhehehe :DDDD
# Haha betul la tu deoxyribonucleic acid tadi.
* Hehehe betul ye? Yang tu la tadi saya nak cakappppp!! (Haha Una mengom!!)

#
Okey neh soalan pengetahuan am. Berikan nama agung kite sekarang.
* Hehehehe (macam biasa gelak dan senyum kaber, woi Una buang negeri la koo!)
# Saya kalau tak tahu neh, memang saya tutup muka dah hehe
* Ala tu ha yang ade anak kecik tu kan?
# Haha ye saya tahu, tapi saya taknak anak dia, saya nak bapak dia :P
* Hehehehe (Aku bukan tak tau, tapi aku terlupa. Tibe-tibe teringat Sirajuddin pulak. Haaha)
# Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin lah ;)
* Ngehehehe xD (Aku pon macam tersipu-sipu. Malu woii)

# Kenapa awak berminat nak masuk sini? Dekat sini takde clubbing. Ngeh3 (Sebab sebelum tu aku sembang-sembang, dia cakap students dari Sabah dan Serawak quit KIST sebab tak tahan dengan cara hidup dekat sana)
* Heyyy saya tak pernah terniat pon nak pergi clubbing tu!
# Haha okey ape yang mendorong awak untuk memilih kos neh?
* Ayah dengan mak saya. Sebab ayah pernah cakap ; nanti ayah dengan mak dah tua, dah saket-saket sapelah ayah nak harap. Kalau ade anak ayah kerja hospital, tau la sikit-sikit pasal penyakit semua neh.
# Okey :D

2, 3 soalan je yang aku macam mengom-mengom. Yang lain aku jawap dengan lancar, alhamdulilah. (Harap apa yang aku jawap tu diterima logik akal. Haha) Lepas tu ada ujian bertulis. 25 soalan.

* Berapa masa nak menjawap neh?
# Ehm saya bagi 5 saat boleh? ;))
* Uishhh :-S
# Haha takde masa, awak jawap je sampai siap :)

Ngeh aku pon menjawap dengan jayanye. Alah soalan tentang diri sendiri saje memanglah berjaya. Cuba bagi soalan AddMath aku keras kat situ jugak kang. Haha :P Dah jawap, semua kertas dikembalikan.

* Okey, ade ape-ape lagi tak?
# Mana mak? Saya nak mak.
* (Hey dia nehhhh) Ye. Ye. Saya pon nak mak saye :P
# (Dia gelak tapi macam malu. Haha)

Mak aku merayap mana tah masa aku tengah temuduga tu. Aku tipon mak tibe-tibe terdengar suara maklong angkat. Cis aku silap tekan nombor. Haha tibe-tibe mak muncul dan mak dengan En. Asyraf tu cakap-cakap bagai. Tanpa disangka En. Asyraf panggil aku dan hulur aku neh



* Eh betul ke saya dapat neh?
# Ye betul lah :D
* Hahaha jawap honggeh-honggeh je tadi tuu. Alhamdulilah.
Terima kaseh yee ;)

Hoorayy! Haha lepas mak dengan ayah fikir-fikir balik antara KUIS dengan KIST. Mak aku pon mengambil keputusan untuk menghantar aku ke KIST. Lagipon dapat pinjaman MARA. Kos pon macam cerah masa depan. InsyaAllah. Jadi 8hb 4 aku akan mendaftar. KIST ada dua satu di Kelantan dan satu lagi di Terengganu. Harap aku dapat di Terengganu tuuu. Abang aku pon ade sane. Dik Fuad pon ade.Hihi

Syukur sangat. Terima kaseh ya Allah. Pada sape-sape yang merasakan masa depan dorang gelap selepas SPM. Ko salah sebab banyak peluang menanti anda. Gigih la cari peluang tu sebab peluang tu takkan datang sendiri tanpa usaha. Aku dulu pon rasa macam mahu bunuh diri je. Haha keje bodoh. Alhamdulilah sebab aku punyai mak dengan ayah yang selalu memberi galakan dan semangat. Macam mana hidup aku tanpa mak ye nanti? T.T
Una,
Kadang-kadang apa yang kite rasa burok tu
tak semestinya burok. Ingat semua tu ada hikmah.
Allah itu banyak rahsia yang kite tak nampak
Dia yang lebih mengetahui dari kite.
Berdoa dan minta lah petunjukNya.
Jangan cepat putus asa okey sayang :)

Sunday, March 22, 2009

bersembang tentang dayah

Tadi tengahari pergi USM sebab ada karnival pengajian tinggi. Pergi dengan Mak, Eman dan Tikah. Dapat jumpa Tikah memang sangat best. Haha rindu dia. Lama sudah tidak ketemu. Bila sudah berjumpa Tikah, haruslah bergosip bagai. Ngeh nampak macam bergosip tapi sebenarnya tak. Kami meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Dayah.

Situasi : dalam kereta

# Masa dia mai kat aku, terus dia ambik slip periksa kat tangan aku hang tau.
* Kojaqq weh! Dia memang gitu. Aku dah kena banyak kali dah dengan dia. Sakit hati weh. Kot la nak tenangkan hati kawan ke apa. Awat dia ingat dia 3A dia bagus sangat ka??
# Hang tau Una, dia kata kat aku ; Aku dapat 3A, mak aku nak belikan laptop. Hang mak hang tak bagi apa ka Tikah?
* (Aku diam mendengar dan Tikah sambung lagi)
# Aku memang terasa gila weh. Mak dia pon lebih kurang dia ja. Mau ja kang aku cakap kat Dayah ; mak aku tak beli laptop bagi aku, dia beli public phone kat aku.

(Sama-sama gelak tiba-tiba cikgu Mala sambung)

+ Orang macam tu nak kena ajar sikit. Awat Tikah tak bagitahu dapat 10A ja? Biar terbeliak sikit mata.
* Dayah memang macam tu. Seronok la tu tengok orang rendah pada dia. Dia mana boleh kalau orang tinggi dari dia, nanti mula nak check bagai. Dari dulu macam tu. Dulu masa trial orang tinggi dari dia, dia tak puas hati mak. Dia suruh orang tanya cikgu yang result trial tu betul ke orang punya markah. Saket hati gileee. (Nada geram amat neh, sila paham)

(Aktiviti sembang menyembang bersambung dengan jayanya dengan pelbagai topik)


Tikah dan Alis member baik di Penang.
Err Maria? Baik la juge. Nge


Cikgu Math tersayang.
Kagum cara cikgu neh lipat tudung
tetap nampak comey :D


Tikah dan sape tatau


Perasan tak, gambar aku semua tudung hitam.
Ngeh :P

Gambar Dayah takde pula kat sini. Nanti aku letak lain. Hehe. Walau ape pon dia tetap pernah jadi kawan aku kan jadi takpe lah tu. Semua tu kenangan zaman sekolah walau geram jugak bile ingat-ingat balik. Harap nanti dia akan bertemu dengan ruasnye untuk dia belajar menghormati perasaan orang. Wah neh harapan berbaur kegeraman neh. Boleh diterima ke? HAHAHA :PP

Saturday, March 21, 2009

takut tapi suke.ngeh

Ya Allah, jika setakat ini rezeki yang telau Kau berikan pada aku,
sesungguhnya aku bersyukur ya Allah.
Kau permudahkanlah perjalananku,
cerahkan lah masa depanku,
sesungguhnya Kau yang lebih mengetahui segalanya.

Ya Allah ya Tuhanku,
Jika keputusan SPM ku ini merupakan ujian buat aku,
aku terima dengan redha dan aku bersyukur kerana
aku tahu Kau masih sayangkan aku,
Kau sedarkan aku,
dari aku terus hanyut dengan dunia kealpaan aku sendiri Ya Allah.
Aku mohon kepadaMu ya Tuhan,
Kau berikanlah yang terbaik buat aku.
Masa depan yang akan menggembirakan hati orang tuaku.
Aku taknak mereka kecewa lagi
dan aku taknak mereka pening memikirkan masa depan aku
sebab aku sudah besar dan sepatutnya,
aku yang harus mencorakkan masa depanku sendiri Ya Allah.

Amin amin ya rab bal alamin

Alhamdulilah, terima kasih ya Allah. Permohonanku ke KUIS telah diterima. Dan aku ditawarkan didalam course teknologi maklumat didalam kurungan ; multimedia. InsyaAllah kalau takde aral aku akan kesana untuk mendaftar pada 11 Mei nanti. Mak dengan ayah semacam setuju. Nampak mak sangat eksited aku jadi takut dan buntu pula.

Buntu sebab .. hurm
Macam mana aku nak sesuaikan diri nanti?
Macam mana aku tanpa mak?
Macam mana nanti aku tanpa keluarga disisi?
Macam mana aku nak hadapi masalah sorang-sorang?
Senang cakap ; Macam mana nanti kehidupan aku dekat sana?
Semua benda kena buat sorang-sorang.

Takde keluarga. (*tak lagi bergaduh dengan kaksu)
Takde lagi bebelan mak, tali pinggang ayah, tangan lembut eman dan si jebon kaksu. Aku tak pernah berpisah jauh dari keluarga secara lama. Aku tak bolah kalau mak tak bantu aku buat keputusan. Sedangkan nak beli baju pun mak mesti ada sebelah aku, kalau tak memang aku kebuntuan sorang diri lalu tak jadi membeli apa pun. Takde sapa nak guide aku. Kalau aku buat salah, sape nak tegur aku? Adakah cara teguran tu nanti sama macam mak dengan ayah? Walau seteruk mana cara mak ayah aku marah, tapi tetap penuh kasih sayang. Mak aih. Dalam usia sebesar ini, aku masih mengharapkan mak. Setelah aku tulis perenggan neh, baru aku sedar betapa besarnya pengaruh mak dalam hidup aku ... hurm insyaAllah aku akn cuba berdikari bila ditempat baru nanti.
Tapi tetap nak mak boleh tak? :((



Takde kawan kecuali Tikah. (*Ame sayang, jaga diri!)
Takpe. Sebab sebelum neh memang aku dah biasa takde kawan disisi. Duduk dekat Penang neh mengajar aku untuk tidak berapa sangat mengharapkan kawan. Tapi aku tetap memerlukan sahabat-sahabatku. Ame, Tikah weh aktiviti di ym tetap berjalan okep. Aku buntu. Nanti dekat sana aku dapat tak berjumpa sahabat sebaik korang neh? Harap aku jumpa, sebab sahabat macam korang memang memberi pengaruh besar dalam jiwa aku :( Dapat ke aku sesuaikan diri nanti? Kalau jumpa anak orang kaye yang perangai taleh bla macam mana? Yang suka cakap belakang? Yang suka pandang aku semacam? Yang suka perlecehkan aku? Yang. Yang. Yang .... :(( Harap jiwa aku cukup cekal dan kental untuk menghadapi segala kemungkinan neh. Amin *Harap jugak tak kan jumpa kawan macam beragas yang selalu diceritakan oleh Eny mastura. Mintak dijauhkan kelak merana jiwa raga.


Takde Cerap (ehem)
Memang takde Cerap dekat KUIS tersebut. Tapi ade dalam hati. ngeh :P YM dan handphone masih ade. Harap takkan ade perubahan mendadak. Kalau tak buntu juga menanggung rindu. Ngehe takde panjang sangat perenggan tentang ini kerana pipi sudah merah. Next :P






Selepas aku tengok gambar ni, mengeluh juga aku. Hehe sebab kena berjubah, berbaju kurung, bertudung labuh bagai. Adeh. Aku sebelum neh kalau keluar pakai jeans je. Tshirt. Tudung tak labuh pon macam dalam gambar tersebut. Haiyoh buntu betul. Bukan ape. Sebab dah terbiasa dengan cara sendiri tibe-tibe kena bertukar .. Takpe-takpe perubahan untuk kebaikkan ape salahnya. Doakan aku dapat menghadapi persekitaran baru ni kelak. InsyaAllah.

Harap aku tak menangis setiap hari rindukan rumah.
Harap aku tak akan dibuli. nge
Harap aku dapat kawan yang sekepale.
Harap aku dapat tumpukan pada pelajaran.
(Dah janji pada Tikah dan Ame) InsyaAllah.
Harap aku akan cemerlang lalu mendapat biasiswa percuma yang tak perlu dibayar balik. Ngeh
Harap aku dapat gembirakan mak dengan ayah.
Harap aku dapat jadi contoh kepada adik-adik
Harap persahabatan aku dengan Ame dan tikah tak terjejas.
Harap antara aku dengan Cerap baik-baik saje dan penuh munge2. Ewah
Harap aku dapat sambung belajar ke Mesir. Tapi mak cakap course aku neh takde dekat sane :(
Harap aku dapat sesuaikan diri dengan penuh bahagia, selesa, tenteram, aman damai disana.
Dan yang paling penting ; Harap dikuatkan iman aku dan dijauhkan dari perkara-perkara yang akan merosakkan akidah aku. InsyaAllah.

Harap segala kebuntuan aku disini dapat aku hadapi
dengan baik-baik saja apabila disana kelak :)

p/s : Entry ini didedikasikan untuk JRY sempena menyambut hari jadinya pada 20hb april 2009. Tua sudah sedara neh. eheh ;p

Oh ya bercakap pasal tarikh lahir. Aku memang suka baca perihal rahsia disebalik tarikh lahir neh. Jadi disebabkan JRY mau sambut hari kelahiran aku hadiahkan sesuatu yang akan buat dia lebih mengenali dirinya sendiri KOT. Kalau takde pon baca sajelah jangan banyak bising. AHAHA :P

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga
JRY dan bulan. eheh :P

Monday, March 16, 2009

Selamat tinggal sayang





6 tahun menda alah neh bersama aku.
Sedikit masa lagi harus
kuucapkan selamat tinggal sayang.

Sorry guna selotep saje untuk bingkai tepi.
Tak cukup bajet meh.

Monday, March 09, 2009

Entry tanpa nama bagai handphone tanpa keypad

Boleh tak kalau jangan bukak topik pasal result SPM?
Boleh tak jangan tanya aku apa-apa berkaitan SPM?

Bukan bermakna aku tak ambik kesah langsung.
Ko nampak aku huha huha tapi hakikatnya ko tak tau.

Aku tengah ketaq neh, jangan tambah keketaqan aku boleh?

Hari keketaqan itu akan tiba juga.
Jangan terlalu pikirkan sangat.
Doakan saja yang terbaik.
InsyaAllah semua akan okey.

Sunday, March 08, 2009

Dengan borang pon takut?

Borang permohonan maktab sudah keluar hari ni tak silap. Jadi tadi mak dan aku godeh website Moe tersebut. Seperti yang aku sedia maklum, syarat kemasukkan agak ketat. Hurm. Mengeluh panjang aku. Mak aku baca dan print segala bagai yang berkaitan.

# Mak rasa hang boleh neh lepas, cuma kalau dapat untuk temuduga nanti, hang kena bersedia betul-betul. Kena banyak membaca.
* (Aku diam saje tapi dalam hati, aku rasa bersemangat semula sebab mak letak kepercayaan pada aku. InsyaAllah)
# Selasa esok kite pergi BSN beli borang.

Okep. Aku agak takut sebab bila mengenangkan balik masa aku jawap SPM haritu macam honggeh-honggeh saje rasenye. Tapi .. Argh takmo fikir. Takmo.

Tapi tak payah nak tipu. Memang akan terfikir juge. Hurm. Takpe.
Positip Una. Fikir positif.
InsyaAllah kalau ade rezeki aku, ade lah tu. Kalau takde mesti ade sesuatu yang lebih bagus yang aku tak nampak sekarang. Tuhan itu banyak rahsia dan sudah tentukan jalan yang terbaik buat hambaNya. Cuma hambaNya saja yang mengserabutkan jalan tersebut. Sudah Una sayang, jangan fikir bukan-bukan lagi.

Dua, tiga hari ni aku asyik mendengar puisi dari Fynn. Memang sedang jiwa kacau.

krek..krekk kokkek

Tadi pagi bergadoh dengan kaksu jebon lagi. Bukan. Bukan tadi tapi lima minit sebelum aku menulis entry neh. Haihh.. Kalau dia masih ade kan. Dah tentu-tentu aku akan sms dia dan mengadu pasal kaksu.

Dulu sewaktu dia ada, kalau aku sudah tak tertahan dengan sikap kaksu, jari-jari aku ligat menaip sms sebanyak 3 muka surat dan cepat-cepat sms tersebut dihantar kepada dia. Lepastu dia akan balas dengan menyuruh aku bersabar. Sebab dia pon faham kaksu itu macam mana budaknya. Jadi kalau aku mengadu pasal kaksu memang dia sudah masak sangat.

Sekarang aku berusia 18 tahun, kalau dia masih ada mesti sekarang aku dapat berkongsi apa saja dengan dia. Cerita pasal perasaan aku, hidup aku, pendapat aku, marah aku. Mesti. Mesti punya. Sebab kalau diikutkan sekarang dia sudah berusia 24 tahun. Jarak umur tak jauh mana. Walhal kalau dulu pon, memang aku rapat dengan dia. Cemburu sangat tengok Syad dengan Kak Nad, Ame dengan kakak dia dan orang lain dengan kakak mereka.

Dan juga semestinya, aku sudah mengabdikan gambar kami bersama kemudian upload di Myspace, Blog dan Friendster. Err sekarang sudah tak ada Friendster. Dan juga tentunya didalam handphone aku. Kalau gambar tu lawa, mungkin juga sudah jadi wallpaper handphone aku juge.

Result SPM bakal diumumkan pada Khamis depan, kalau dia masih ada, tentu kegusaran hati ni, aku luahkan pada dia. Dan dia akan beri aku 101% semangat yang tidak berbelah bagi. Dia akan positifkan fikiran aku.

Waktu ini, walau aku menidakkan dia,hakikatnya dia tetap ada. Tapi aku tak boleh dapat dia seperti yang aku rasai sebelum ni. Dia sudah jauh. Jauh dari kami dan aku tak pasti sampai bila kami akan terus begini. Setiap kali usai solat aku akan berdoa ; Ya Tuhan, Kau satukan lah kami semua semula dalam suasana yang dimana semua diantara kami sudah kembali ada perasaan sayang itu. Dalam keadaan aman dan tenteram. Amin

Sesungguhnya didalam hati ni, macam mana kecewa, marahnya aku dengan dia tapi aku masih sayangkan dia. Burok baik, dia tetap ada pertalian dengan aku. Aku rindu dia. Aku rindu kasih sayang ko kak. Orang tunggu detik shadu tu...

Pada kau ; Jangan banyak tanya. Doakan saja supaya kedinginan antara kami akan tamat ya? ;)

Boooo kat Una, dia menangis. Haha kate kental?

Saturday, March 07, 2009

Katakan dengan indah

Aku suka nau dengar lagu Yuna kat sidebar sebelah kanan neh, tang bawah sekali. Tiap hari empat, lima kali aku dengar. Dah dengar tu bukan dengar saje, tapi ikut sekali minah tu nyanyi. Jadi tadi timbul pulak kegedikkan nak merekod.

Nanti kalau aku dah takde, sempat juge cucu-cucu aku dengar suara grandma dia kan. Walau ada ala-ala nenek kebayan tapi ko harus redha, suara tu tetap milik grandma kandung mu wahai cucuku. Ewah. Haha :PP




Yuna Ft Una

Kahkahkah terasa lawak kejap. Gelak lah aku tak kisah. Atleast ada juga kenangan aku kelak buat cucunda sekalian. Korang ade ke? Lalala :P

Notis sebelum ko kutok aku bukan-bukan ;
- Tengah-tengah nyanyi tu tiba-tiba aku tergelak & terbatuk owh. Haha
- Suara aku tak dengar sangat kot tapi cuba la pasang telinga betul-betul, ade tu dengar kalau ko peka.
- Kalau nak perbezaan cuba dengar versi ori Yuna kat sidebar aku kat bawah sana nun. Atau klik sini.
- Tekan play untuk dengar, aku tak set kan untuk auto play :P
- Terima kaseh untuk Cerap kerana gigih membantu. Sayang lebeyyy. Haha

Sesi mengpangkah diri

Semalam sambil bersaksikan Ayah, Eman dan Kaksu ( Takda jebon sebab dia tak cari gadoh dengan aku pulak semalam. Alhamdulilah. Syukur betul tenang hidup aku buat sehari :P )

Okep mak aku tiba-tiba cakap kuat-kuat ;

# Na, hang pecahkan cermin kat dalam peti ais tu kan?
* Heheeee (Gelak sambil buat muka tak bersalah)
# Mak tak nampak tokoh hang neh nak jadi cikgu. Ganasnye semacam. Ape yang ada dekat hang semua lingkup. Kerusi jati mak tu patah jejarinye. Cermin peti ais pecah. Hanger patah dan bla bla bla bla bla (Tak boleh senaraikan semua kang takda sapa mau buat jadi bini) KAHKAH
//Sekarang pon dah takda woi Una!
* (Buat muka tak puas hati)
# (Mak tengok aku diam, mak sambung lagi) Esok-esok kalau hang dapat jadi cikgu, patah riuk budak-budak hang kerjakan. Macam mana hang nak mintak jadi cikgu?
* (Muka tak puas hati lagi lalu masuk kedalam bilik dan terus SMS hati)

Antara SMS yang aku hantar pada hati ;

- Aku dengan budak-budak aku okey ape. Cuma kalo budak-budak yang macam kaksu je tak okey :P
- Hey, aku rasa aku takde lah ganas sangat. Yang barang-barang semua lingkop tu kebetulan je KOT. Kalau dengan orang lain pon kalau dah takdir nak lingkop mesti lingkop juga. Tapi kenapa asal aku je mesti barang tu gedik nak lingkop?
- Aku nampak saje ganas, tapi hati lembut okeyy. Awww

Persoalannya ; Lepas neh adakah harus aku masuk mana-mana kelas melembutkan diri? Pertandingan Gadis Melayu mungkin? Jom muntah ramai-ramai. Haha buat kena gelak 7 keturunan saje nanti :PP

Friday, March 06, 2009

mesej buat cucunda

Dulu masa aku darjah 4 atau 5 tak silap, aku teringin gile menda alah neh ;


Haha Peanut Butter! :P

Selalu asal pergi kedai Apok je mesti aku dok ngusha menda yang menggodes neh. Nak beli takde duit. Sebab menda alah neh dulu bagi aku agak mahal sekitar Ringgit Malaysia 4+

Time tu sekolah rendah, duit belanja dapat RM 1. Kalo ayah bagi RM 1.50 kira dah banyak sangat dah tu. Bukan macam adik-adik aku sekarang. Mak bagi
RM 2 sorang pon tak cukup lagi. Tak tau bersyukur betul la. Dah la sekolah pagi duit lain, pergi tusyen pon nak duit lain. Sedangkan sebelum pergi tusyen dah makan siap semua dah. Aku dulu pergi Fardu ain duit belanja dapat RM 0.50 saje. Cis. Cis. Cis.

*Luahan dengki seorang penganggur. Ini ko harus peka :PP

Okep. Disebabkan aku memang begitu teringin menda alah tersebut tapi takde duit nak beli, aku meluahkan hasrat aku kepada Nabila syafinas. Dia jiran aku merangkap member kamceng.

Pada suatu hari yang bertuah ;

* Nabila, ko tau tak berapa harga peanut butter yang dekat kedai Apok tu? (Dah tau harga, tapi saja buat-buat tanya)
# Tak silap aku dalam RM4 lebih la. Kenapa?
* Heee, takde lah. Aku teringin nak beli. Tapi duit tak cukup..
# (Nabila macam diam kejap) Ape kata kite kongsi duit nak? Beli peanut butter tu. Pastu kite share la benda tu, ko ambik separuh aku ambik separuh.
* Ha. Ko neh betul ke? Takpe ke?
# Lah ape pulak tak betul. Gedik la ko. Nak ke tak?
* (Bagai orang mengantuk disorongkan bantal) Hehee nak la! Neh sayang ko lebeyy :P

Jadi keesokkan harinye, keinginan aku pon tertunai. Aku dengan Nabila pergi kedai Apok secara duet dan membeli peanut butter yang diidamkan. Tapi bukan seperti gambar diatas. Cap ape tah aku dah lupe.

Setelah sampai rumah dan setelah membahagi menda alah tu, aku pon pulang kerumah dan menikmatinya secara jimat. Sayang nak bagi habis okey sebab nak dapat kemain susah lagi. Jadi harus makan secara beransur ansur.

Macam bila ko makan nasi dengan rendang udang harimau, ko akan makan udang tu setelah nasi ko habis. Walau ko makan nasi hanya dengan kuah rendang tu, ko rela simpan udang tu untuk makan akhir nanti. Tibe-tibe ada malaun curi udang ko dan ko pon mengamuk sakan. Eh kejap-kejap macam dah terkeluar subjek neh. Tapi kejadian begini biasa berlaku bukan? Cit.

Okep. Ape yang aku nak sampaikan begini ;
Sesuatu benda tu bila kita susah nak dapat, kita akan lebih menghargainya dari ko dapat benda tu senang-senang je, bila benda tu takde, ko tak terasa sangat sebab ko dapat benda tu bukan dari usaha ko. Eh, cu ko dapat tak mesej yang grandma nak sampaikan neh? ;P

Thursday, March 05, 2009

Janggut idaman kalbu

Tadi Eman selongkar peti ais dan dia menjumpai sekawan janggut sotong. (Aku tak tau ape penjodoh bilangan untuk janggut sotong. Ade sape-sape tau tak?) Jadi Eman pon memulakan bunga-bunga silatnya didapur.

Dari kejauhan terdengar sayup-sayup suara aku ; "Eman! Jangan la masak sotong tu, esok kakcik nak masak la!"

Eman pon membalas ; "Bio je le! Nanti dah siap kakcik tak boleh eh"

Tak boleh? Alamak. Aku pikir dua tiga kali juga neh. Sambil ulang alik kedapo dan melihat janggut sotong yang telah dimamah oleh air mendidih. (Eman masak ape pon aku tak tahu. Yang jelas nampak air bewarna merah cabai yang agak masin) Layankan aje. Aku bukan nak air tu, aku nak janggut sotong tu. Ehem hati aku berkata.

10 minit berlalu

* Eman janggut sotong neh dah masak lah!
# Belom lagi. Kakcik jangan nak ambik sotong tu.

Heh macam tau-tau saje niat suciku itu.

Lalu tibe-tibe semacam nampak mentol dikepala disebelah kiri. Aku ambil cawan oren dan mengseludup sedikit janggut sotong dan memasukkan kedalam cawan tadi. Lantas melangkah kebilik dan berpura pura seakan membawa secawan milo ais.

Tiba-tiba Eman menjerit ; "Kakcik ambikkkkkkkkkkkkkkkkk!! Yang beso pulak tuu!

Aku kan kakak . KAHKAHKAH :P

Eman bengang lalu dia memasak buat kali kedua. Kali neh janggut sotong yang lagi besar dia ambik. Aku semacam marah-marah tapi suke. Aku marah sebab karang stok lauk untuk masak esok habis. Suke sebab nanti aku boleh seludup lagi janggut tu. Mwehehe :pp

* Eman, sebelum nak masak tu janggut sotong tu kena selawat dulu.

(Eman macam terkebil kebil sambil tangan dia seakan orang sedang memegang tasbih)

Nampak Eman diam, aku sambung lagi.
*Kalo tak selawat nanti ha dah makan jadi darah daging bla bla bla bla

# Dah selawat dah.
* Eman selawat macam mana?
# Usolli ....
* Tu niat nak sembahyang la! (Gelak gila aku kat Eman. Muka dia dah malu-malu. Wakaka )

# (Sambil merengek) Kakcik tolong lah selawat kan. Nanti adik bagi kakcik sikit janggut sotong neh.
* Adik tipu. Adik bukan boleh percaya sangat.
# Betul. Betul. Adik bagi. Kalo tak bagi, nanti perot adik boncit. Tak pon adik akan berak je sampai bila-bila.

Wakaka gila la dia punya risiko. Sanggup perot boncit semata mata untuk janggut sotong tu. Tanpa menunggu lagi, Aku pon menyelawatkan janggut yang menggoda tadi. Heh setel! Dapat juga aku janggut sotong yang diidamkan. Haha

Persoalannya disini ; Tadi janggut sotong yang pertama tak diselawatkan eh? Adeh kalo tak disengajakan takpe kan kan kan kan. Ngeee

aku nak pinjam cermin pon susah

Penerangan ;
Ahad lalu, dekat Melaka sekitar Dataran Pahlawan lokasi di kedai-kedai cenderamata.

Aku membontoti mak yang sedang mencari patung ayam. Mak nak guna untuk kelas beliau. Tiba-tiba ternampak cermin disalah sebuah kedai. Tudung aku pulak masa tu agak serabai jadi aku pun menggunakan sebaik mungkin fungsi cermin tersebut tanpa menghiraukan tokey kedai dan orang yang lalu lalang.

Tup tup tokey kedai tu berjalan disebelah aku sambil berkata ;
"Dah lawa dah tu. lalala"
(lalala sebab lagak dia macam perli dan sedang sukahati)

Gulp! Aku terasa macam ada keris Nangroe milik Laksamana Sunan menusuk kalbu seketika. Lalu pergerakan aku kaku. Dalam hati terasa malu taleh blah. Tapi aku pura-pura tenang lantas meneruskan aktiviti membetulkan tudung tadi konon-konon perlian tokey itu tadi tak mendatangkan kudis bagi aku.

Selepas 7saat, aku pun melangkah keluar dan mendapatkan emak sambil berkata dengan kuat ; Mak, cermin kat dalam tu lawalah. Mak takmo beli ?

Heh :P

Wednesday, March 04, 2009

YM itu Yahoo Messenger

Tetibe macam rasa terasa hati uh. Sedangkan benda simple saje. Ehm lupekan. lupekan. Perkara macam ni tak baik disimpan buat anak cucu. Ewah. Haha ;p

Tadi pagi bangun pukul 10.30. Rasa macam awal sebab hari ni tak banyak kerja aku kena buat. Jadi aku bermalas malasan dengan menghadap komputer tua neh. Benda pertama, aku bukak ym. Set kan status supaya invisible. Memang aku jadi halimunan sekarang. Tapi kadang-kadang kantoi jua. Hehee ;p

If status ym available, kalo aku tak tegur orang, bimbang akan mengecikkan hati sesiapa. Sebab dulu kan aku kaki ym maka semua orang aku tegur. Tibe-tibe sekarang ni aku jarang tegur, mesti ade yang kecik hati kan. kan. kan. Tambah-tambah kalo orang tu kenal rapat dengan aku. Kadang-kadang aku terpikir jugak ; Kalo kite on ym tu, memang wajib ke kite tegur orang? Okep kalo sekali sekala takpe jugak. Tapi kalau orang tu setiap hari on, kite pon setiap hari on. Setiap hari nak berym rasa macam dah takde topik pula mau cakap kan kan. (Tapi kalo Cerap dengan Ame memang takpe) Ngee

Okey. Aku takmo orang rasa terpaksa bila berym dengan aku. Macam kalau aku online, ko memang wajib tegur aku. Hey tak. tak. Tak perlu rasa macam tu. Even ko memang rapat gile dengan aku pon, kalo ko rasa macam takmo tegur aku pon takpe. Aku faham. Sebab kite semua punyai kerja masing-masing kan? Bukannya kalo kite online tu memang kite takde kerja. Sebab bila online, banyak benda kite nk buat. Jadi kalo ko buzy dan ko tak tegur aku, tak perlu rasa bersalah okey ? ;D

Sama jugak macam ko, kalo aku nampak ko semacam buzy ; aku rasa macam takmo gangu ko, walaupun ko kate tak menggangu. Sebab aku neh kan hati kaca. Sekali semacam terasa hati. Pecah berderai uh ; bila aku penat bercerita bagai tapi ko macam tak fokus je mula la hati kaca aku neh makin lama makin retak. Haha.

Kejap-kejap.Bila pikir-pikir balik, aku pon selalu jugak kadang-kadang tak fokus. Mwehehe asyik pikir hati sendiri saje. Hati orang takde pulak pikir. Kepada sapa yang pernah terasa, sila maafkan aku. Terutama cerap kan kan. Kite selalu kan macam ni dengan sayang kan? :P

Oleh itu kawan-kawan sekalian, marilah kite berkonfren saje! *Tetibe. Haha. Aku rasa semua perenggan neh macam takde kaitan dengan orang lain. Mungkin aku sorang je rasa macam neh. Yelah aku sejak dua menjak neh dah jadi macam anti-sosial pulak. Sebab tu bebel bebal tu, aku macam dah tak kisah sangat. Adeh tapi aku rasa, aku lebih senang macam ni.

Sebab lagi banyak orang kite bual, lagi banyak hati kena jaga, hati kite pon nak kena jaga. Tambah-tambah pulak mulot aku neh agak boleh tahan juge. Mulot orang pon memang boleh tahan. Karang ada yang tersilap cakap, ade yang makan hati. Lebih baik dok diam-diam saje :pp

*Aku kalau orang gune "huhuhuhuhuhu" time ym pon aku buleh terasa. Ngade-ngade betul. Sile tajang aku dengan penuh kasih sayang boleh?

Tuesday, March 03, 2009

Hadiah bagai ; lalala

Aku demam. Hidung tersumbat. Batuk. Sakit perot .
Owh baru 5 kesaketan . Harus kuat dan kuat dan kuat.
Ubat pon baru telan sebijik - panadol aktipas.
Tu pon selepas dipaksa dengan jayanye oleh cerap.
Haha sorry sayang, kite memang susah mau makan ubat :P

Disebabkan blog neh takda sapa yang mahu baca maka adalah sangat heaven untuk aku cerita segala macam cerita. Terasa sikit kebebasan uh. Seronok betul, sekurang kurangnya nanti dah tua ke ade gak cerita aku zaman muda-muda. Wahh tak gitu? Haha :D





Nampak tak koala tu. Tu adalah hadiah dari Cerap sempena birthday aku yang lepas. Satu-satunye hadiah aku dapat kira macam ade makna jugak la kan birthday aku tahun neh dari takde. Eh ada lagi satu hadiah, dari maxis. Free call selama satu hari. Yang lain cuma ucapan saje. Ade juga yang ingat ; terharu kejap ;p

Lupe nak cakap koala tu kan kan wangiii uh . Aku dok kerja mengsiyom saje itu koala jadi kesannya sekarang sudah tidak wangi lagi. Tapi takpe. Aku tetap sayang menda alah tersebut. Ade sentimental valuee okep sebab tu sayangg lebey. Haha. Tu yang ade kotak belang-belang dengan kad hudoh tu plus 2 bangle tu , hadiah aku kasi kat cerapp. Ngeheh mukan nak nunjuk uh tapi dah alang-alang dah ade dalam gambar kan cerita saje. Nanti aku dah tua boleh jugak kenang-kenang aku dulu mude-mude romantik jugee. Wakaka ayat taleh bla ;pp

Sudah malu cerita pasal neh. Aku kan jarang nak canang cerita-cerita jiwang-jiwang bagai. Sesekali bercerita rasa malu pula. Ngee publish weh publish terus! Heh

Petang yang macam cipan

Tadi petang ; semasa aku sedang leka berym.
Tibe-tibe mak panggil.

Aku berdiri dihadapan mak dan aku tengok mak sedang menangis. Kaksu pulak bising-bising. Aduhai kenapa pulak mak aku neh nangis-nangis? Rupanya wayar printer hilang. Hurm. Mungkin si kaksu jebon atau eman cabut dan letak dimana mana. Oh ya. mak sangat perlukan printer sekarang untuk mengprint segala bagai kerja beliau. Kata mak lagi, esok pelawat, pensyarah dll akan datang ke kelas mak. Jadi semua kerja harus dibereskan sebelum esok pagi. Sebab tu mak sangat tension. Tambahan pula, mak penat; uh kerja mak tak pernah habis. T_T

Aku jadi semakin tension. Mak marah-marah. Setiap kali mak marah-marah aku jadi mangsa. Si kaksu jebon tu mengbatu api kan mak lagi. Hati aku yang memang sedia panas dah menjadi bertambah panasssss. Sedangkan aku tak tahu menahu pun pasal wayar tu. Adeh. malang betul la. Habis pasal wayar printer, mak bising-bising pasal kain yang berlonggok dalam bakul tu. Mak cakap mana tanggungjawap aku sebagai anak? Hati aku dah menggelegak uh. Ya ampon.

Aku tahu aku neh tak kerja sekarang. Tapi bukannya aku duduk rumah tak buat ape. Aku masak, kemas rumah, basuh kain semua tu ape? Takkan baju adik-adik semua bagai semua letak kat aku? Sedangkan dorang pun sudah besar panjang. Okep. lupe. Baju mak dengan ayah pon ade sekali.
Mak cakap ; Ape salahnye duduk lipat baju semua tu, tak nampak mak kerja siang malam. Nak lipat baju mak pun tak boleh.

T__________________________T

Haihh. Dah aku buat semua kerja rumah, si kaksu jebon tu buat apa? Bukan aku nak berkira. Tapi kalau semua aku buat makin naik lemak la jebon tuu!

Takpe. Aku simpan perenggan atas dalam hati dan aku pun tadi lipat kain semua bagai. Tibe-tibe kaksu jebon bagi arahan kat aku ; Dah habes lipat tuu, neh ha dalam bilik ade lagi!

Cis! Aku cukup pantang kaksu bagi arahan dekat aku. Dia sapa? Dia cuma adik okeyy! Bukan aku ego sebab aku tak boleh terima arahan. Tapi cara dia tu salah. Dia berlagak macam dia tu besar sangat. Nada percakapan dia tak pernah elok bila dengan aku. Dia sangat kurang ajar. Tak pernah hormat aku sebagai kakak.

Aku memang tak boleh kalau budak macam ni. Memang rasa nak lawan balik. Tapi aku tak bolehhhhh. Setiap kali bergaduh dengan kaksu jebon mesti aku yang menangis. Kenapa aku susah sangat? YEP. Mungkin sebab sifat aku sendiri yang tak suka bergaduh dan senang mengalah. Sebab tu kaksu jebon pijak-pijak kepala aku. Aku sabar lagi.

Tapi sampai bile dia nak jadi macam tu? Mak dengan ayah pon dia lawan. Aku sayang dia tapi disebabkan perangai dia yang kurang ajar buat aku jadi benci dengan kaksu. Hari-hari ade je modal dia nak buat aku naik angin. Kadang-kadang aku macam nak larikkkkk dari rumah uh. HAHA malu laa kakak mengalah dengan adikk. Tapi aku neh tah laaa.

Bila bergaduh dengan jebon tu sampai bertendang bertumbok bagai, aku yang mengalah dulu. Kemudian aku menangis sebab saket la! Saket kena tumbok, saket ati plus dah gerammmm sangattt okeyy. Aku tak tau nak buat macam mana lagi. Aku harap sangat result SPM aku elok dan diterima di mana-mana IPTA - Aku nak keluar cepat dari rumah ni. Uh.


...

Entry pertama buat blog yang ketiga

Hey ini blog baru.
Harap ramai tak tahu akan kewujudan blog ni.
Aku cuma mahukan keselesaan ketika menulis.

Kadang-kadang bila ramai sangat yang memerhati,
aku jadi rimas pula. Bukan tak suke. Tapi cuma rimas.
Tapi dalam masa yang sama hati aku memberontak.
Aku perlukan suatu tempat untuk bercerita.
Mahu diceritakan pada teman; bimbang akan menyusahkan.
Sebab dia juga punya masalah sendiri.

...
Semoga aku tidak akan bosan pula dengan blog ini.
:)